X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan kecam pemakaian atlet negara tetapi sokong mereka

Tangkap layar pengguna Facebook yang mengecam pemakaian atlet negara, Azreen Nabila Alias
A
A

SHAH ALAM - Pemakaian atlet wanita negara tidak sepatutnya dijadikan sebagai komen negatif sehingga wujud penghinaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, mereka seharusnya disokong dan bukannya dikecam atas pendirian mereka memakai hijab di trek olahraga.

Menurutnya, cara pemakaian atlet terbabit tiada kaitan dengan prestasinya sebagai pelari pecut kebangsaan.

“Dalam apa-apa keadaan sekalipun, pemakaian atlet wanita tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu.

“Kita sama sekali tidak boleh berkompromi dengan komen-komen negatif berkenaan cara pemakaian atlet wanita, sama ada kerana pilihan peribadi, faktor keselesaan mahupun agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, tular di media sosial, salah seorang pengguna Facebook mempertikaikan imej berhijab atlet olahraga negara, Azreen Nabila Alias seolah berlari di musim sejuk.

Pengguna tersebut turut mempersoalkan agama pelari wanita itu yang menghalang pemakaian seperti pesaing yang lain dan menyarankan agar atlet itu fokus kepada acara tilawah al-Quran serta mahu pelari bukan Melayu mewakili acara tersebut.

Jelas Zuraida, semua atlet kebangsaan sepatutnya diberi ruang untuk mewakili negara dalam apa jua pertandingan dan dengan penuh keyakinan bahawa seluruh rakyat berada di belakang mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!