PDRM kenal pasti 29 individu terlibat himpunan 'Keluar dan #Lawan'

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis membuka kertas siasatan dan sudah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima lebih daripada 20 laporan daripada orang awam di seluruh negara yang membantah penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Setakat ini, 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan sekitar 450 orang berkumpul di Dataran Masjid Jamek sebelum berarak melalui Jalan Tun Perak menuju ke Jalan Raja sambil membawa kain rentang yang ditulis 'kita mati dalam derhaka’, ‘#Keluardanlawan’, dan 'lawan koruptor'.

Dalam pada itu, menurut Acryl Sani, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut kerana pihaknya sudah berulang kali memberi peringatan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Polis telah mengesan insiden di mana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya

Sehubungan itu, katanya, kes akan disiasat di bawah Akta 342, Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021 dan akta-akta lain yang relevan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan 'Keluar dan #Lawan'

Himpunan baju hitam penuhi sekitar Dataran Merdeka