NGO tidak dibenar urus jenazah Covid-19 di Selangor

Tiada NGO dibenar menguruskan jenazah Covid-19 di Selangor.
Tiada NGO dibenar menguruskan jenazah Covid-19 di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak lagi membenarkan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menguruskan jenazah Covid-19 di semua hospital di Selangor.

Perkembangan itu dikongsikan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang menggunakan akaun nama Facebook, Mr Wan Cai Official, pada Sabtu.

"Arahan terbaru, NGO tidak dibenar urus jenazah Covid-19 di semua hospital di Selangor.

"Bermula 1 Ogos, semua NGO termasuk UKVJ tidak dibenar mengurus jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya.

Terdahulu, JAIS dilaporkan turut menetapkan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 hanya boleh dilakukan di tanah perkuburan yang ditetapkan sahaja.

Pada aplikasi WhatsApp sebelum ini tular kenyataan yang memaklumkan bermula pada Jumaat tanah perkuburan Islam di setiap kariah tidak lagi dibenarkan mengurus pengebumian jenazah Covid-19.

Menerusi edaran senarai tanah perkuburan pengebumian jenazah Covid-19 di negeri Selangor yang dikeluarkan JAIS, terdapat 37 tapak dikhaskan untuk urusan pengebumian membabitkan 13 hospital di negeri ini.

Artikel Berkaitan: