X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas berusia 101 tahun terima vaksin

Kagus bersama anak perempuannya (kiri) dan petugas kesihatan selepas menerima suntikan vaksin dos pertama di Klinik Kesihatan Tenghilan, Tuaran.
A
A

TUARAN - Wanita berusia 101 tahun antara individu yang penerima vaksin di Klinik Kesihatan Tenghilan, dekat sini pada Ahad.

Kagus Languan difahamkan sebagai individu tertua yang menerima vaksin Covid-19 setakat ini di Tenghilan.

Kagus yang berasal dari Kampung Lapai, tiba di klinik itu pada jam 10.30 pagi dengan ditemani anak perempuannya, Norainih Belingi untuk mendapatkan suntikan vaksin dos pertama.

Kagus ketika dalam pemantauan selepas menerima suntikan melahirkan rasa syukurnya kerana berpeluang untuk menerima suntikan vaksin itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim gembira dengan perkembangan pemberian vaksin yang turut membabitkan golongan warga emas di kawasannya.

"Saya difahamkan, beliau (Kagus) sangat tenang ketika menerima suntikan vaksin dan berada dalam keadaan yang baik,'' katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jahid yang Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, kesedaran orang ramai terhadap kepentingan vaksin tanpa mengira peringkat umur akan membantu kawasan itu mencapai jangkauan imuniti berkelompok yang disasarkan kerajaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!