343 penduduk di Taman Jemapoh Murni disaring

Pasukan kakitangan kesihatan melakukan saringan di Taman Jemapoh Murni pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Faizal)
Pasukan kakitangan kesihatan melakukan saringan di Taman Jemapoh Murni pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Faizal)
A
A
A

KUALA PILAH - Seramai 343 penduduk di Taman Jemapoh Murni di sini, menjalani ujian saringan survelan Covid-19, bermula malam Sabtu ekoran berlakunya peningkatan kes di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Faizal Abdul Manap, berkata ujian saringan bermula dari jam 8 malam hingga 11.30 malam, membabitkan lapan agensi berkaitan.

"Sebelum operasi saringan malam tadi, ada 29 kes dilaporkan di taman tersebut dalam tempoh tiga hari.

"Peningkatan kes baru di kawasan itu sangat cepat, jadi sebelum ia merebak menjadi kluster baharu di Kuala Pilah dan menjangkiti penduduk lain, pihak Pejabat Kesihatan Daerah membuat operasi saringan bersasar kepada seluruh penduduk Taman Jemapoh Murni," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Kesemua individu yang disaring, ujar beliau dipakaikan gelang bagi membolehkan mereka menjalani kuarantin, sementara menunggu keputusan saringan Covid-19 dalam masa terdekat.

Bagi melancarkan pergerakan, bantuan keperluan makanan akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuk Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), ahli Parlimen kawasan dan pihak penyelaras DUN.

"Orang ramai dinasihatkan supaya terus kekal berada di rumah, keluar jika benar-benar perlu sahaja, selain patuhi yang SOP ditetapkan,"katanya.

Artikel Berkaitan: