Arab Saudi benarkan lebih 20,000 jemaah umrah

Arab Saudi membenarkan lebih 20,000 jemaah mengerjakan ibadat umrah dalam tempoh beberapa hari lagi. - Foto Getty Images
Arab Saudi membenarkan lebih 20,000 jemaah mengerjakan ibadat umrah dalam tempoh beberapa hari lagi. - Foto Getty Images
A
A
A

RIYADH - Lebih 20,000 umat Islam termasuk dari negara-negara yang tidak dharamkan Arab Saudi akan dibenarkan untuk mengerjakan umrah dalam tempoh beberapa hari lagi.

Kementerian Haji dan Umrah mendedahkan maklumat tersebut kepada akhbar Okaz pada Sabtu lalu.

Hisham bin Saeed iaitu jurucalap kementerian tersebut berkata, jemaah umrah dari luar Arab Saudi itu membabitkan negara-negara yang tidak diharamkan berdasarkan arahan daripada Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa Penerbangan Awan.

Ketika ini, negara-negara yang berhadapan dengan larangan terbang ke Arab Saudi ialah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan Emiriah Arab Bersatu, Habsyah, Vietnam, Afghanistan dan Lubnan.

Larangan terbang itu dikenakan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara-negara tersebut.

Hanya jemaah yang sudah divaksinasi penuh boleh memohon visa umrah dan mereka juga perlu berada dalam keadaan yang sihat. - Agensi

Artikel Berkaitan: