X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga kongsi rezeki agih 500kg durian percuma

Hakim Fahmi (tengah) mengangihkan durian percuma kepada orang ramai di premis perniagaan Durian 2.5K Musang King di Ladang, Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Hasil keuntungan diperoleh mendorong seorang peniaga berkongsi rezeki dengan mengagihkan sebanyak 500 kilogram (kg) durian percuma yang diedarkan secara pandu lalu.

Peniaga durian, Mohamad Hakim Fahmi Awang, 40, berkata, agihan durian bermula jam 5.30 hingga 6 petang itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan komuniti setempat.

Dia berkata, inisiatif itu diambil supaya sama-sama dapat menikmati keenakan rasa raja buah itu selain berkongsi rezeki bersama individu lain.

"Kita faham, dalam tempoh pandemik Covid-19 ini ramai yang berdepan situasi sukar. Ada yang teringin makan durian tetapi tidak mampu membelinya.

500kg durian habis diagihkan secara pandu lalu dalam tempoh setengah jam.
500kg durian habis diagihkan secara pandu lalu dalam tempoh setengah jam.

"Jadi, hasil keuntungan yang saya peroleh daripada perniagaan durian mencetuskan idea untuk saya mengagihkan sebanyak 100 longgok durian percuma kepada orang ramai hari ini.

"Saya bersyukur kerana sambutan diterima begitu menggalakkan dan di luar jangkaan. Kesemua durian ini habis diedarkan dalam tempoh setengah jam," katanya ketika ditemui dipremis perniagaannya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Hakim Fahmi berkata, dia berhasrat untuk mengadakan lagi agihan durian percuma sekiranya diberikan kesempatan dan rezeki pada masa akan datang.

Mohamad Hakim Fahmi yang juga merupakan usahawan minyak pelincir jenama Maxoil mengusahakan perniagaan Durian 2.5K Musang King di premis perniagaannya di Ladang, Kuala Terengganu.

500kg durian percuma diagihkan kepada orang ramai di premis perniagaan Durian 2.5K Musang King di Ladang, Kuala Terengganu.
500kg durian percuma diagihkan kepada orang ramai di premis perniagaan Durian 2.5K Musang King di Ladang, Kuala Terengganu.

Beliau mengusahakan jualan durian musang king dalam bekas bagi memastikan para pelanggannya dapat menikmati buah-buahan yang segar dan berkualiti.

Dia berkata, walaupun terpaksa menanggung sedikit kerugian, namun konsep yang diperkenalkan itu mampu mengelakkan daripada unsur-unsur penipuan kepada pelanggannya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!