20dB Hearing perhebat perkhidmatan online

Sesi saringan ujian pendengaran dijalankan pelanggan.
Sesi saringan ujian pendengaran dijalankan pelanggan.
A
A
A

PUSAT pakar pendengaran, 20dB Hearing Sdn Bhd (20dB Hearing) menawarkan perkhidmatan saringan pendengaran dan konsultasi dalam talian secara percuma, selain perkhidmatan pemasangan alat bantu pendengaran di rumah sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Menurut Audiologi Kanan merangkap Pengurus Cawangan, Wong Kin Loon, pihaknya memahami kesukaran pelanggan untuk hadir ke pusat alat bantuan pendengaran ekoran kenaikan bilangan kes jangkitan Covid-19 yang melanda negara pada masa kini.

“Justeru, pelanggan boleh membuat panggilan video untuk berunding dengan audiologi kami dan sekali gus kami dapat memahami masalah mereka dengan lebih terperinci”.

“Selain itu, mereka juga boleh membeli alat bantu pendengaran secara dalam talian. Kemudian, pihak kami akan menghantar ke rumah dan membuat pemasangan," katanya baru-baru ini.

Setakat ini, 20dB Hearing mempunyai 25 cawangan dan lebih 40 orang pegawai audiologis bertauliah di seluruh Malaysia.

Selain menawarkan perkhidmatan saringan pendengaran untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, pemasangan alat bantu dengar digital serta implan koklea, Kin Loon juga memaklumkan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan terapi pertuturan dan psikologi klinikal.

“Tempoh ujian pendengaran diagnostik biasanya akan mengambil masa selama 45 minit untuk golongan dewasa, manakala untuk kanak-kanak mengambil tempoh selama satu jam. Tempoh yang diperuntukkan bergantung kepada jenis ujian yang dilakukan," jelasnya

Ketika ditanya mengenai keistimewaan 20dB Hearing, Kin Loon berkata, syarikat tersebut turut menawarkan pelan pelindungan alat bantu dengar, di samping pembayaran secara ansuran tanpa faedah yang ditawarkan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Kin Loon
Kin Loon

“Sebelum pelanggan membeli, mereka boleh mencuba alat bantu dengar di rumah sehingga 20 hari secara percuma. Kita juga menawarkan saringan pendengaran secara percuma kepada golongan warga emas berumur 65 tahun ke atas,” katanya.

Untuk perancangan lima tahun akan datang, beliau berkata, pihaknya akan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan 20dB Hearing terutama di kawasan bandar-bandar kecil agar orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan mudah dan cepat.

“Syarikat kami juga merancang untuk memasuki pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Bagaimanapun, untuk tahun ini, kami akan masuk ke pasaran Singapura terlebih dahulu,” katanya.

Justeru, bagi mereka yang berminat untuk mencuba alat bantu pendengaran dan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari www.20dbhearing.com atau hubungi talian tol percuma 1800-88-2032 atau WhatsApp 012-942 7729.