X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksinasi harian Covid-19 lebihi 500,000 dos 6 hari berturut-turut

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut dengan 519,111 dos suntikan diberikan pada Sabtu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata, daripada jumlah yang diberikan pada Sabtu, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 lagi dos kedua.

Menurutnya, secara kumulatifnya, sebanyak 20,533,660 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari lalu.

"Jumlah itu meliputi 13,816,971 untuk suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,716,689 lagi bagi dos kedua," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!