X

Kindly register in order to view this article
!

'Mat Salleh Cari Makan' positif Covid-19

Foto dikongsikan Rhys William melalui Instagram beliau pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Vlogger Mat Salleh Cari Makan, Rhys William disahkan positif Covid-19 dan juga denggi.

Perkara tersebut dikongsikan beliau melalui media sosialnya pada Sabtu.

Dalam perkongsian sama, beliau memberitahu bahawa isteri dan anaknya turut disahkan positif jangkitan virus tersebut.

“Positive Covid & Positive Denggi.

“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif Covid.

“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.”

Beliau bagaimanapun terpaksa menjalani rawatan di hospital kerana mengalami simptom Covid-19 di tahap tiga.

“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (Covid category 3), atas nasihat doktor saya masuk hospital untuk rawatan.

"Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali," katanya.

Rhys William dalam masa sama turut meminta maaf termasuk kepada semua rakan dan pengikutnya selain memohon doa orang ramai untuk kesembuhannya dan keluarga daripada jangkitan tersebut.

“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya.

“Covid is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua," kata Rhys William yang fasih berbahasa Melayu dan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana kefasihan dan sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu khususnya di saluran YouTubenya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!