Negeri Sembilan berpesta gol di Paroi

Antara aksi menarik pertemuan Negeri Sembilan FC menentang Perak II FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. - Foto Perak FC
Antara aksi menarik pertemuan Negeri Sembilan FC menentang Perak II FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. - Foto Perak FC
A
A
A

NEGERI Sembilan FC memintas sementara Terengganu FC II apabila membelasah Perak FC II, 5-0 dalam aksi Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Sang Rusa kendalian K Devan memulakan pesta gol ke atas anak buah Syamsul Saad bermula dengan empat gol pada babak pertama hasil jaringan Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-20', N Javabilaarivin (33'), Alain Theirry Akono (41') dan Kouassi Kone (45').

Bersambung babak kedua, skuad Hobin Jang Hobin terus memberikan tekanan terhadap barisan muda skuad Kejor Yeop Kejor walaupun pelawat berusaha mengurungkan defisit gol.

Bagaimanapun, usaha tersebut digagalkan kekentalan barisan pertahanan tuan rumah sebelum kapten skuad Sang Rusa, Zaquan Adha Abd Radzak melengkapkan gol kelima tuan rumah untuk kemenangan besar dengan gol pada minit ke-81.

Kemenangan ketujuh liga selepas mengharungi 14 perlawanan itu menyaksikan anak buah Devan mengumpul 26 mata, satu mata mengatasi TFC II di tangga kedua dengan 25 mata.

Artikel Berkaitan: