X

Kindly register in order to view this article
!

Hup Wei tekad tebus duka Tokyo 2020 di Hangzhou 2022

Lee Hup Wei -Foto Bernama
A
A

ATLET lompat tinggi negara, Lee Hup Wei bertekad memadamkan episod duka di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan menjadikan Sukan Asia Hangzhou 2022, China sebagai medan kebangkitannya.

Malah menurut Hup Wei, temasya sukan terbesar Asia itu juga merupakan pentas terakhir khidmat atlet berusia 34 tahun dari Kajang tersebut sebelum bersara.

“Selepas Tokyo 2020 saya mahu berehat dulu dan meluangkan masa dengan isteri dan keluarga yang sudah lama tidak bertemu kerana mengalas komitmen terhadap negara sebelum ini.

“Saya juga mahu menenangkan fikiran terlebih dulu dalam tempoh sebulan setengah bagi melupakan apa yang sudah terjadi, sebelum kembali menjalani latihan sebagai persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou selain beberapa acara besar lain pada tahun 2022.

“Tokyo 2020 ini juga merupakan Sukan Olimpik terakhir bagi saya dan tiada lagi penampilan saya pada Paris 2024,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Sabtu.

Aksi di Stadium Olimpik Tokyo pada Jumaat, Hup Wei yang mempunyai catatan terbaik 2.29 meter pada Kejohanan Dunia 2019 gagal melepasi ketinggian 2.17m selepas tiga kali percubaan untuk lompatan pertama Tokyo 2020 kali ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!