X

Kindly register in order to view this article
!

PN Pulau Pinang sebulat suara sokong kepimpinan Muhyiddin

Shabudin 
A
A

GEORGETOWN – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menyokong sebulat suara Kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya dalam kenyataannya malam ini (Sabtu) berkata, PN negeri itu akan terus bersama kepimpinan PN di semua peringkat dalam memastikan kelestarian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat di laksanakan dengan sempurna.

“Perikatan Nasional Negeri Pulau Pinang menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas seruan Tuanku untuk mengutamakan usaha menjaga kesejahteraan rakyat dan agenda memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Shabudin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pulau Pinang turut menyeru semua pimpinan dan parti politik bersatu hati, bekerjasama dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menangani pandemik Covid-19 yang masih berlarutan.

Katanya, rakyat Malaysia menuntut semua pihak memberi keutamaan kepada isu kesihatan, kebajikan dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara pada masa ini berbanding perebutan kuasa dan agenda peribadi.

Menurutnya, kestabilan politik amat penting dan menjadi keutamaan bagi menjayakan PPN yang direncanakan kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat dalam mendepani pendemik Covid-19 ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!