X

Kindly register in order to view this article
!

Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik: Muhyiddin

Tangkap layar Twitter Muhyiddin.
A
A

KEJAYAAN manis diraih pasangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang menghadiahkan gangsa, pingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo, menarik perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mengucapkan tahniah kepada gandingan negara serta barisan kejurulatihan kem badminton itu percaya pencapaian pasangan beregu itu mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Tahniah Malaysia! Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! Kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia! Demi Malaysia! Demi Malaysia! Demi Malaysia!,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini (Sabtu).

Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!