Selvax Komuniti lanjut hingga 11 Ogos, 'walk-in' mulai 2 Ogos

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti akan diteruskan sehingga 11 Ogos depan sebagai salah satu strategi kerajaan negeri untuk mempercepat pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor telah menerima suntikan dos pertama mereka setakat Sabtu.

Menurutnya, kerajaan Selangor yakin bahawa kerjasama bersepadu antara Program PICK dan tambahan Program Selvax dapat membawa warga Selangor mencapai imuniti kelompok sebanyak 80 peratus dalam masa kurang daripada sebulan.

Dalam pada itu, Amirudin mengumumkan bahawa pelaksanaan vaksinasi secara 'walk-in' akan berkuatkuasa 2 Ogos ini mengikut jadual pelaksanaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

"Selain daripada temujanji yang diterima daripada MySejahtera dan SELangkah, pelaksanaan secara 'walk-in' dilaksanakan di kawasan-kawasan DUN yang berkenaan bagi mempermudah proses vaksinasi.

"Setiap satu pusat pemberian vaksin (PPV) di DUN berkenaan akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari dengan jangkaan dua hari untuk setiap DUN.

"Diharap usaha ini memperlengkap Operasi Lonjakan Kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: