X

Kindly register in order to view this article
!

Kontrak terbuka lebih baik cegah elak rasuah

Dari kiri dan atas: Cynthia, Manimaran, Tony Pua dan Edmund.
A
A

SHAH ALAM- Kontrak yang dijalankan secara terbuka adalah lebih baik dan dapat mencegah gejala rasuah berbanding kaedah rundingan secara tidak langsung.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, masyarakat di Malaysia perlu dididik berkaitan perkara itu bagi memastikan amalan rasuah dapat ditangani daripada platform tersebut.

“Masyarakat perlu dididik agar semua orang dapat melihat tender secara terbuka ini sebenarnya jauh lebih baik daripada rundingan secara tidak langsung.

“Lakukan perkara yang sebetulnya, jangan rundingkan kontrak. Kita patut lakukan latihan tender dan kemudian lakukan tender terbuka,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada simposium bertajuk Corruption in Development: Can We Be Clean? yang dianjurkan oleh Malaysian Universities Economics Conference (MUEC) dalam talian.

Turut menjadi panelis, Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Edmund Terence Gomez dan Pasukan Teras Rasuah Busters, Dr G Manimaran manakala Cynthia Gabriel bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Tony Pua berkata, perkara tersebut seringkali ditekankan oleh Pakatan Harapan (PH) semasa memerintah sejak tahun 2018.

“Inilah yang saya maksudkan dengan cabaran masyarakat. Perubahan pemikiran perlu dilakukan ketika kita beralih daripada ekonomi berasaskan rasuah kepada ekonomi yang benar-benar mahu bebas rasuah.

“Jika dahulu, kata orang pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir senang untuk membuat bisnes, namun pada zaman bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sangat susah untuk mendapat kontrak,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!