X

Kindly register in order to view this article
!

Tingkat perlindungan, kebebasan pada media untuk laporan penyiasatan

Dari kiri dan atas: Cynthia, Manimaran, Tony Pua dan Edmund.
A
A

SHAH ALAM - Perlindungan dan kebebasan terhadap media di dalam negara perlu dipertingkatkan bagi membolehkan pengamal media melakukan penyiasatan dan laporan yang lebih baik khususnya dalam isu-isu berkaitan rasuah.

Ahli pasukan teras Rasuah Busters, Dr G Manimaran berkata, pengamal media perlu diberikan perlindungan sewajarnya supaya mereka bebas menjalankan tugas dan mencari maklumat yang diperlukan untuk dikongsikan kepada masyarakat.

“Kita perlu memberikan perlindungan kepada media misalnya dengan mewujudkan peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

“Sebagai usaha untuk memberi lebih kebebasan kepada pengamal media, negara juga boleh mewujudkan sebuah suruhanjaya media seperti di United Kingdom,” katanya ketika menjadi panelis dalam simposium bertajuk, Corruption Development: Can We Be Clean pada Rabu.

Turut menjadi panelis pada simposium anjuran Malaysian Universities Economics Conference (MUEC) dengan kerjasama Rasuah Busters dan Universiti Malaya (UM) itu ialah Profesor Ekonomi UM, Edmund Terence Gomez dan ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee.

Simposium yang diadakan secara maya itu memilih Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel sebagai moderator.

Manimaran berkata, usaha menyediakan ekosistem media yang lebih bebas itu perlu merangkumi aspek yang dapat mengehadkan pengaruh luar seperti daripada kerajaan, parti politik mahupun pemilik media.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987 yang mengawal kandungan penerbitan akhbar di Malaysia.

Beliau berpendapat, kesemua pengamal media juga perlu meningkatkan kefahaman mereka mengenai profesionalisme dan etika kewartawan yang perlu menjadi amalan ketika bertugas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!