[VIDEO] Ahmad Maslan teruja diberi peluang baca berita

Ahmad membaca berita untuk Program Sinar PM.
Ahmad membaca berita untuk Program Sinar PM.
A
A
A

SHAH ALAM - ''Ini adalah pengalaman kali pertama dalam hidup diberi peluang membaca berita melalui platform Sinar Harian,'' kata ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Peluang tersebut diberikan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian apabila Ahmad dijemput sebagai pembaca berita bagi program Sinar PM.

Program berkenaan meliputi berita terkini dalam negara termasuk politik, isu semasa, kesihatan dan sukan.

Ujar beliau, belum ada lagi mana-mana media di negara ini menyediakan peluang menarik seperti itu.

“Saya ucap terima kasih kepada Sinar Harian yang memberi peluang yang sungguh menarik.

“Saya amat menghargai peluang yang diberikan dan tidak ada lagi mana-mana akbar dan media lain yang melakukan seperti Sinar Harian,” katanya yang begitu teruja kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Selain itu, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang menyambut ulang tahun ke-15 pada Sabtu.

“Saya ucapkan tahniah sempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-15 dan saya doakan moga Sinar Harian terus kekal di luar sana sama ada media cetak ataupun digital untuk memberikan berita secara telus dan tulus,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: