Polis siasat pengusaha kosmetik makan durian langgar SOP

Tangkap layar pengusaha kosmetik sedang bersiaran langsung menikmati buah durian bersama beberapa individu.
Tangkap layar pengusaha kosmetik sedang bersiaran langsung menikmati buah durian bersama beberapa individu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan terhadap penularan tangkap layar pengusaha kosmetik sedang bersiaran langsung menikmati buah durian bersama beberapa individu yang didakwa melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis jam 4 petang Sabtu mengenai penularan tangkap layar tersebut.

Menurut beliau, pengusaha kosmetik tersebut merupakan seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

"Penularan tangkap layar itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana perbuatan beliau didapati melanggar SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) 2021 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Ku Mashariman berkata, pengusaha kosmetik tersebut akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan di media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi negatif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam," katanya.

Pada Jumaat, tular satu tangkap layar di laman media sosial berkaitan pengusaha kosmetik sedang bersiaran langsung menikmati buah durian bersama beberapa individu.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar itu telah dikongsi lebih kurang 4,000 kali di media sosial tersebut berserta komen-komen daripada netizen yang telah menanda akaun (tag) media sosial Polis Diraja Malaysia bagi menggesa tindakan diambil terhadap pengusaha kosmetik tersebut.