X

Kindly register in order to view this article
!

Aaron-Wooi Yik menang gangsa

Regu badminton lelaki negara Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik (kiri) bergambar bersama pingat gangsa yang dimenangi selepas mengalahkan regu dari Indonesia di temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini. - Foto Bernama
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan beregu Indonesia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahasan 17-21, 21-17, 21-14.

Biarpun tewas pada set pertama, namun Aaron-Wooi Yik berjaya bangkit pada set kedua untuk menang 21-17 dalam masa 17 minit.

Set ketiga menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya meneruskan penguasaan bagi mengesahkan kemenangan 21-14 dalam tempoh 16 minit.

Regu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan ketika menentang regu lelaki dari Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini. - Foto Bernama

Kemenangan berkenaan sekali gus berjaya menebus kekecewaan Aaron-Wooi Yik yang tewas 16-21, 19-21 kepada beregu Indonesia itu pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!