Muhyiddin perlu mohon maaf kepada Agong: Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
A
A
A

POKOK SENA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Seri Paduka Baginda.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, Muhyiddin juga tidak sepatutnya memberi kenyataan balas berhubung pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berpendapat jalan terbaik apabila Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung perkara tersebut adalah Muhyiddin memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Tidak wajar Muhyiddin mengeluarkan kenyataan balas sedemikian rupa, sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kekhilafan dan salah faham atas titah Yang di-Pertua Agong.

"Beliau sewajarnya menyatakan patik akan memperbetulkan keadaan dan akur sebagaimana dikehendaki Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan 153," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Klinik Kesihatan Pokok Sena di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, tindakan itu yang seharusnya dilakukan oleh Muhyiddin untuk meredakan suhu politik negara dan bukannya memberi kenyataan balas.

"Ini sudah sampai peringkat diselamatkan keadaan melainkan beliau perlu mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya sekiranya masih enggan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Tambah Mahfuz, secara teknikalnya, beliau merasakan Muhyiddin telah hilang keabsahan ataupun sokongan apabila UMNO secara terang-terangan menarik sokongan terhadapnya.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin kata beliau, juga dirasakan tidak wajar kekal memegang jawatan tersebut kerana dalam apa keadaan sekali pun 'pertembungan' ini telah melukakan Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Muhyiddin perlu mengemukakan usul percaya seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mengambil alih jawatan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan keabshahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan Ordinan Darurat ikut undang-undang, Perlembagaan: PMO