X

Kindly register in order to view this article
!

794 pasangan nikah di bangunan JAWI sejak PKP 3.0

Sebanyak 794 pasangan pengantin melangsungkan melangsungkan majlis akad nikah di Bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu. - Foto Facebook JAWI
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 794 pasangan pengantin melangsungkan akad nikah di bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu.

JAWI dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan, seramai 73 pasangan melangsungkan akad nikah di bangunan JAWI sepanjang minggu ini manakala 16 lagi pasangan pada Jumaat.

Menurut JAWI, majlis akad nikah masih diteruskan oleh JAWI bagi menjaga kemaslahatan pengantin tetapi ia dilaksanakan mengikut prosedur operasi (SOP) ketat.

"Antaranya hanya tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali yang wajib menjalani ujian saringan Covid-19 serta mematuhi semua garis panduan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lain-lain agensi penguatkuasaan.

"JAWI mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang terlibat, selamat melayari bahtera rumah tangga dalam norma baharu yang sangat mencabar ini. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Insya-ALLAH," kata JAWI dalam hantaran tersebut, pada Sabtu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!