X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguhkan

Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, permakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Sabtu.

Menurut beliau, penangguhan tersebut selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat bahawa Parlimen merupakan lokaliti berisiko penularan Covid-19.

“Oleh itu, saya telah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!