X

Kindly register in order to view this article
!

Gesaan PM letak jawatan tidak wajar

Mohd Khairuddin berkata, pergolakan politik adalah perkara biasa dalam sesebuah negara.
A
A

KUALA NERUS - Majlis Syura Ulama Pas menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun kini berdepan gesaan supaya pemimpin berkenaan melepaskan jawatan.

Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gesaan supaya Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletak jawatan susulan krisis berhubung Ordinan Darurat adalah tidak wajar.

"Keputusan yang kita buat dalam kerajaan adalah secara kolektif. Apa jua keputusan kerajaan adalah keputusan bersama ahli-ahli kabinet, bukan melibatkan Perdana Menteri seorang sahaja.

"Jadi, gesaan supaya Perdana Menteri dan Datuk Seri Takiyuddin supaya letak jawatan adalah tidak relevan dan tiada keperluan kerana Datuk Takiyuddin hanya menjalankan tugas sebagai menteri kabinet yang menguruskan undang-undang serta menyampaikan keputusan kerajaan, " katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pergolakan politik adalah perkara biasa dalam sesebuah negara.

"Tidak dinamakan politik sekiranya tidak bergolak. Dalam isu ini, kita orang politik kita buat kerja kita mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

"Sebagai kerajaan, kita sentiasa berhemah. Misalnya, ketika persidangan Dewan Parlimen selama empat hari banyak penjelasan yang diberikan kepada rakyat antaranya mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN), status Covid-19, proses vaksinasi, kedudukan kewangan dan sebagainya.

"Itu modal yang perlu 'dihadam' oleh rakyat supaya mereka tahu apa yang kerajaan lakukan, " katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kiosk Amal Kongsi Rezeki, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Khairuddin menyifatkan usaha pembangkang cuba menutup kejayaan kerajaan menguruskan negara dalam situasi pandemik sebagai proses demokrasi.

"Itu hak mereka, biarkan mereka sebagai pembangkang untuk mengkritik dan menegur kerajaan. Apa yang kita buat mengikut lunas undang-undang dan perlembgaan.

"Sebagai pemerintah, apa sahaja kelemahan yang berlaku dalam pengurusan negara kita akan rungkai dan hadapi bersama," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!