X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di tujuh lokasi di Sabah, dua di Pahang: Hishammuddin

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tujuh lokaliti di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata di Sabah, lima lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD sehingga 14 Ogos iaitu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

"Dua lagi lokaliti pula iaitu Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru di Beaufort dikenakan PKPD sehingga 15 Ogos, serentak dengan dua lokaliti di Rompin, Pahang iaitu Bandar Melati dan Ladang Senang.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, PKPD di Pos Iskandar, Bera, Pahang dan Kampung Tinusa 2, Sandakan di Sabah, yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 15 Ogos manakala beberapa PKPD di Sarawak, Pahang, Sabah, Kedah dan Negeri Sembilan ditamatkan esok mengikut jadual.

"Ia antaranya meliputi Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Sedia Raja di Mukim Chembong dan Taman KSNS di Mukim Pedas (Negeri Sembilan); serta Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang (termasuk Taman Cahaya PKNK) di Kuala Muda, Kedah.

"Penamatan itu turut melibatkan Taman Zifa, Bingkul, Beaufort; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari, Tawau; Kampung Simpangan, Kota Marudu; Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu di Sabah serta Kuala Medang, Lipis (Pahang) dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching (Sarawak)," katanya.

Mengenai operasi pematuhan SOP semalam, beliau berkata sebanyak 1,405 kilang; 15,908 premis perniagaan; 649 tapak pembinaan dan 170 asrama penempatan pekerja diperiksa dan daripada jumlah itu, 61 premis diarahkan ditutup serta merta.

“Selain itu, seramai 219 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 71 lagi direman manakala bagi Ops Benteng, 52 pendatang tanpa izin ditangkap serta sebuah kenderaan darat dirampas semalam,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!