X

Kindly register in order to view this article
!

China susun pelan holistik kelancaran Olimpik Musim Sejuk 2022

Sukan musim sejuk 2022 melibatkan 39 gelanggang. - Foto Reuters
A
A

BEIJING - Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 (BOCOG) akan menyusun pelan kawalan dan pencegahan wabak Covid-19 yang menyeluruh untuk memastikan temasya sukan itu dapat diadakan dengan selamat dan lancar.

Ketua jabatan perancangan dan pembinaan BOCOG, Liu Yumin berkata, semua venue akan memantapkan lagi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak.

“Kemudahan sanitari dan tempat kuarantin sementara akan disediakan di dalam stadium,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Sukan musim sejuk 2022 melibatkan 39 gelanggang antaranya 12 digunakan untuk pertandingan, tiga bagi mengadakan latihan dan 24 lagi untuk lain-lain kegunaan.

Menjelang hujung tahun lalu, 12 venue pertandingan telah siap dilengkapi pelbagai kemudahan dan mendapat maklum balas positif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Liu berkata, pihaknya akan mengadakan 10 acara antarabangsa dan dua acara domestik untuk menguji gelanggang berkenaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!