X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas ketua perolehan syarikat kurier direman kes rasuah

Suspek direman lima hari untuk membantu siasatan kes rasuah.
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas ketua perolehan sebuah syarikat kurier terkemuka direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah penghantaran beras antara 2019 hingga 2020.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Sabtu.

Menurut sumber, suspek ditahan pada jam 7.25 malam Jumaat menerusi Ops Delivery di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

"Suspek meminta suapan sebanyak RM0.50 bagi setiap tan metrik beras yang dianggarkan berjumlah RM170,000.

“Kesemua suapan itu diminta daripada syarikat-syarikat vendor yang dilantik syarikat kurier itu adalah sebagai balasan memilih syarikat tersebut bagi kerja-kerja penghantaran beras berjumlah RM3.84 juta untuk 339,915 tan metrik beras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!