Lelaki cedera jatuh dari tingkat lima bangunan

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang lelaki warga China cedera selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sebelum tersangkut di tingkat empat di kawasan tapak pembinaan berhampiran Cybercity pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lelaki dikenali sebagai Yao Shujun patah bahagian tulang rusuk, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang berhubung kejadian itu.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk menerima rawatan dan disahkan mengalami patah tulang rusuk.

"Setakat ini, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak majikan berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang cedera telah diturunkan oleh pekerja bangunan sebelum ketibaan jentera dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Artikel Berkaitan: