Terjunan Dhabitah ‘nyalakan’ semula harapan pingat

Nur Dhabitah Sabri - Foto Instagram/@dhabitah_sabri
Nur Dhabitah Sabri - Foto Instagram/@dhabitah_sabri
A
A
A

ATLET terjun negara Nur Dhabitah Sabri ‘menyalakan’ semula harapan pingat dalam acara terjun apabila mengesahkan tempat bagi final acara tiga meter papan ajal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo, apabila menamatkan aksi separuh akhir pada kedudukan keenam pada Sabtu.

Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 22 tahun itu menyertai 12 atlet lain yang mara ke final acara berkenaan, pada Ahad.

Pada aksi separuh akhir itu, Nur Dhabitah mempamerkan aksi cemerlang selepas lima terjunan dengan mencatatkan 312.60 mata.

Catatan berkenaan sekali gus turut mengatasi 291.60 mata yang dicatatkan atlet berusia 22 tahun itu pada aksi kelayakan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: