Kastam rampas minuman keras lebih RM2.5 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak merampas 27 kontena mengandungi minuman keras dan rokok, disyaki tidak berkastam, dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta dari sebuah kapal di tebing Sungai Rajang di belakang premis sebuah syarikat di Jalan Teng Kung Suk 4, Jalan Hulu Lanang di sini, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, sebanyak 369,672 liter minuman keras dan 16,852,000 batang rokok telah dirampas dengan duti cukai dianggarkan berjumlah lebih RM13 juta dalam penahanan pada 8.15 pagi, 20 Julai lepas itu iaitu pada Hari Raya Aidiladha.

Katanya, turut ditahan ialah lima individu terdiri daripada empat warganegara asing dan seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun.

“Mereka disyaki terlibat dalam percubaan mengangkut dan memindah barangan tidak berkastam menggunakan sebuah kapal, dipercayai dari negara luar untuk dibawa masuk ke dalam negara.

“Kapal tersebut telah masuk melalui muara Sungai Rajang dan telah memasuki perairan Sibu untuk mengangkut masuk kontena bagi tujuan mengedar barangan ke seluruh Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barangan larangan tanpa permit yang sah serta terlibat dalam mengangkut dan memindah barangan tidak berkastam atau larangan.

Artikel Berkaitan: