Himpunan baju hitam ganggu urusan warga kota

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rata-rata masyarakat menempelak perhimpunan keluar dan #lawan yang dianggap menyusahkan serta mengganggu urusan warga kota di sekitar Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Seorang penghantar makanan, Azrul Muhammad, 29, berkata, himpunan itu mengganggu tugasnya untuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan di lokasi berhampiran.

"Beberapa jalan untuk masuk ke kawasan berhampiran Dataran Merdeka ditutup gara-gara perhimpunan ini. Jadi, saya terpaksa ambil masa yang lama untuk menggunakan jaan-jalan menuju ke tempat pelanggan.

"Janganlah terlibat himpunan seperti ini kerana bukan ada faedah malah menyusahkan ramai pihak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan baju hitam penuhi sekitar Dataran Merdeka

Seorang pemilik kedai, Ahmad Zakaria,54, pula berkata, himpunan keluar dan #lawan memberikan gambaran yang negatif kepada pihak luar walaupun diadakan dengan aman.

"Rasa tidak puas hati tidak boleh diluahkan dengan berhimpun sambil menjerit-menjerit seperti dalam himpunan ini. Ia bukan budaya kita.

"Tambahan pula sekarang ini negara sedang menghadapi penularan Covid-19. Dengan berkumpul begini pastinya mendedahkan risiko jangkitan," katanya.

Pada Sabtu, hampir 400 orang mengadakan himpunan aman di sekitar kawasan Dataran Merdeka menggunakan slogan 'keluar dan #lawan.

Himpunan itu dipercayai sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan sedia ada.

Artikel Berkaitan: