X

Kindly register in order to view this article
!

Merepek jika sidang Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh: Tony Pua

Tony Pua
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menempelak ura-ura sidang Dewan Rakyat pada Isnin mungkin ditangguhkan selepas beberapa ahli Parlimen dan pegawai disahkan positif jangkitan Covid-19.

Ahli Parlimen dari DAP itu berkata, hanya 11 daripada 1,183 sampel yang diambil telah sah positif virus itu, iaitu kurang satu peratus daripada keseluruhan ujian.

“Jika itu penanda aras untuk menutup Parlimen, nampaknya tiada langsung sidang lagi selepas ini. Merepeklah," katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Jumaat malam.

Tony berkata, saringan yang diadakan di Parlimen bertujuan mengasingkan kes positif bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Menurutnya, ini seterusnya membolehkan wakil rakyat melaksanakan tugasan mereka dengan normal, bukannya menghentikan sidang dengan kes kurang daripada satu peratus.

“Atau adakah ini sekadar alasan untuk melaksanakan pemerintahan diktator?” soalnya.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, 11 kes positif Covid-19 dikenal pasti di Parlimen pada Jumaat.

Berikutan itu, terdapat pelbagai khabar angin di media sosial dan laporan media yang mengatakan sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini mungkin akan ditangguhkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!