X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital medan di HTAR bakal dibuka 4 Ogos

Projek hospital medan ini telah siap 35 peratus dan dijangka siap 40 peratus menjelang tengah malam pada Sabtu.
A
A

KLANG - Hospital medan kini sedang dibangunkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang akan diserah untuk penggunaan pesakit Covid-19 pada 4 Ogos ini.

HTAR dalam kenyataannya memaklumkan, projek berkenaan telah siap 35 peratus dan dijangka siap 40 peratus menjelang tengah malam pada Sabtu.

"Projek hospital medan itu telah selesai lima peratus lebih awal daripada jadual dan akan diserahkan untuk penggunaannya pada 4 Ogos ini," menurut kenyataan itu di laman Facebook rasmi HTAR pada Sabtu.

Pada Jumaat malam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR Klang.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dilaporkan berkata, Dr Adham hadir bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago ke HTAR antara jam 7.45 hingga 9 malam.

Sebelum itu, beliau dilaporkan berkata, Menteri Kesihatan ada memaklumkan dalam Sidang Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat bahawa beliau akan melawat HTAR bersama ahli Parlimen Klang.

"Semalam (Jumaat), beliau mengotakan janjinya untuk membawa Ahli Parlimen Klang (Charles) secara lawatan mengejut ke HTAR.

"Dalam lawatan itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk usaha melancarkan pengurusan pesakit Covid-19 di sini," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Dr Zulkarnain dilaporkan berkata, pada pertemuan itu juga pihaknya dimaklumkan mengenai rancangan pembinaan hospital medan di HTAR.

Tambahnya, hospital medan itu dijangka akan didirikan di ruang parkir kenderaan bersebelahan jabatan kecemasan HTAR dan akan diuruskan oleh Mercy Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!