Nur Suryani gagal layak ke final

Nur Suryani. - Foto Majlis Sukan Negara
Nur Suryani. - Foto Majlis Sukan Negara
A
A
A

ATLET menembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi gagal layak ke final acara menembak Sukan Olimpik Tokyo 2020, apabila sekadar menamatkan pusingan kelayakan bagi acara 50m 3 position (wanita) pada kedudukan ke-34, pada Sabtu.

Atlet kelahiran Ipoh, Perak berusia 38 tahun itu juga hanya berjaya mengumpulkan 1,142 mata bagi acara berkenaan.

Untuk rekod, Nur Suryani sebelum ini pernah menggegarkan Olimpik London 2012 apabila berjaya meraih tempat ke-34 dalam saingan air rifle 10 meter meskipun ketika itu sedang sarat mengandung anak sulung.

Bagaimanapun, Nur Suryani tidak beraksi di Olimpik Rio 2016 kerana mengandungkan anak kedua.

Artikel Berkaitan: