Ebit Lew buka rumah transit buat pesakit kanser

Ebit Lew di hadapan Rumah Kasih Umat yang dibuka sebagai pusat transit untuk pesakit kanser.
Ebit Lew di hadapan Rumah Kasih Umat yang dibuka sebagai pusat transit untuk pesakit kanser.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau berkata, pusat transit yang dinamakan Rumah Kasih Umat itu disediakan secara percuma untuk pesakit kanser yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan di pusat kesihatan sekitarnya.

“Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit.

“Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Syukur ramai orang lain dah mulakan. Baik kerajaan mahupun persendirian. Ini semua usaha kecil kita nak jadi sebahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai.

“Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. ALLAH Maha Penyayang. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang ALLAH pada kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Ebit turut memaklumkan bahawa mereka yang memerlukan boleh menghubungi pihaknya di talian 01170772380.

Artikel Berkaitan: