Lanjutan kontrak suntik semangat Alexandar-Arnold

Alexandar-Arnold
Alexandar-Arnold
A
A
A

PEMAIN Liverpool, Trent Alexander-Arnold menyifatkan lanjutan kontraknya bersama skuad The Reds itu bakal menyuntik semangat untuk beraksi lebih cemerlang musim ini.

Menurut pemain pertahanan berusia 22 tahun itu, lanjutan kontrak berkenaan juga disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya yang telah beraksi di Anfield sejak 2016 lalu.

“Saya rasa sungguh dihargai apabila diberikan peluang untuk melanjutkan kontrak bersama Liverpool dan saya turut difahamkan lanjutan kontrak ini adalah untuk satu tempoh yang panjang.

“Lagi pun, Liverpool adalah satu-satunya kelab yang saya kenali dan sudah semestinya peluang untuk terus beraksi bersama kelab ini adalah sesuatu yang baik buat saya serta keluarga.

“Secara keseluruhannya, ia (lanjutan kontrak) dilihat sebagai khabar paling gembira buat saya ketika ini apabila ditawarkan lanjutan kontrak, diberikan kepercayaan dan seperti yang saya selalu katakan, kelab ini termasuk kesemua stafnya adalah yang terbaik dan menakjubkan!” katanya.

Difahamkan, Alexander Arnold telah ditawarkan lanjutan kontrak sehingga musim 2025 dan menyaksikan bekas pemain akademi Liverpool itu akan terus menabur bakti di Anfield.

Untuk rekod, Alexander Arnold telah membuat 179 penampilan bersama Liverpool sejak meninggalkan akademi The Reds pada 2016 lalu.

Sementara itu, Alexander-Arnold yang turut diiktiraf sebagai antara pemain pertahanan menyerang terbaik dunia ketika ini berazam untuk membantu Liverpool memenangi lebih banyak piala musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya telah mengumpul trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara, Juara Kelab Dunia dan Piala Super UEFA, selain turut dicalonkan bagi anuegerah Ballon d’Or pada 2019.

“Selain itu, saya juga telah memiliki 13 caps bersama skuad kebangsaan England. Oleh itu saya mahu terus meraih kejayaan bagi menambahkan lagi koleksi kejuaraan yang telah saya miliki setakat ini,” katanya.