PGA gagalkan cubaan seludup 23.5kg sarang burung walit

Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 23.5 kg sarang burung walit dari Thailand selepas merampas barangan itu di pangkalan haram Limau Purut pada Khamis.
Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 23.5 kg sarang burung walit dari Thailand selepas merampas barangan itu di pangkalan haram Limau Purut pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 23.5 kilogram (kg) sarang burung walit dari Thailand dianggarkan bernilai RM188,000 di pangkalan haram Limau Purut, pada Khamis.

Rampasan jam 2.30 pagi itu dilakukan oleh anggota PGA semasa melakukan rondaan penugasan Op Benteng Covid-19 di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, siasatan awal mendapati sarang burung itu diseludup secara haram ke negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan oleh kerajaan.

"Ketika rondaan anggota PGA melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak dalam keadaan mencurigakan tetapi mereka terus melarikan diri selepas melihat kelibat anggota PGA dan membuang kotak tersebut," dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Nor Azizan memberitahu, kumpulan itu melarikan diri dengan motosikal dan pemeriksaan di lokasi menemui kotak-kotak mengandungi sarang-sarang burung walit.

"Kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)

Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011," katanya.

Artikel Berkaitan: