Himpunan baju hitam penuhi sekitar Dataran Merdeka

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Hampir 400 peserta perhimpunan keluar dan #lawan berhimpun berhampiran Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Himpunan yang dianjurkan Sekretariat Soladiriti Rakyat itu dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan bergerak dari Stesen Monorail Masjid Jamek kira-kira jam 11 pagi.

Peserta himpunan kelihatan duduk di Jalan Tun Perak sementara menunggu kebenaran untuk memasuki Dataran Merdeka.

Tinjauan Sinar Harian mendapati suasana himpunan dalam keadaan terkawal dan diawasi oleh anggota polis.

Hampir 200 peserta perhimpunan keluar dan #lawan berhimpun berhampiran Dataran Merdeka di sini.
Hampir 200 peserta perhimpunan keluar dan #lawan berhimpun berhampiran Dataran Merdeka di sini.

Peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Edy,25, berkata, dia hadir seawal jam 10 pagi untuk menyertai himpunan ini.

"Saya dapat tahu daripada rakan, kebetulan saya cuti hari ini, jadi saya datang untuk sertai himpunan ini.

"Pandangan saya perlu adanya himpunan sebegini untuk meluahkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Peserta yang memakai baju hitam turut melaungkan slogan lawan dan undur sebagai tanda protes terhadap kerajaan.

Himpunan yang diadakan seawal jam 11 pagi itu kemudiannya berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.