Lebih 20 juta vaksin Covid-19 diberi menerusi PICK

Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari sehingga semalam.
Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari sehingga semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama sementara 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Bagi vaksinasi harian pula Dr Adham berkata, sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua. -Bernama

Artikel Berkaitan: