X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif global melebihi 197 juta, 4.2 juta kematian

Kes positif Covid-19 di seluruh dunia secara kumulatifnya melebihi 197.2 juta dengan lebih sejuta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. - Foto 123RF
A
A

AMERIKA SYARIKAT - Kes positif Covid-19 di seluruh dunia secara kumulatifnya melebihi 197.2 juta dengan lebih sejuta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 34.81 juta, diikuti India dengan lebih 31.57 juta dan Brazil dengan lebih 19.83 juta kes.

Perancis dan Russia masing-masing merekodkan kumulatif kes positif melebihi angka enam juta kes, manakala United Kingdom (UK) dan Turki melebihi lima juta kes.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatatkan kes melebihi empat juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 3.37 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta, sementara Malaysia mencatatkan lebih 1.09 juta kes.

Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 500,000 dan lebih 60,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia melepasi 4.2 juta dengan AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 612,000 kes.

- Foto ihsan Johns Hopkins University
- Foto ihsan Johns Hopkins University

Ini diikuti Brazil dengan lebih 554,000 kes, India lebih 423,000 kes dan Mexico lebih 239,000 kes.

Sementara UK, Russia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 92,000 kes korban.

Sementara itu data Johns Hopkins University juga menunjukkan lebih 4.038 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

China mendahului dengan lebih 1.6 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan, diikuti India dengan 456 juta dos vaksin dan AS lebih 343 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala Jerman lebih 91 juta dos dan UK lebih 85 juta dos.

Jepun pula dengan lebih 84 juta dos dan Perancis lebih 72 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 67 juta, manakala Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 19.5 juta dos, Filipina lebih 19 juta dos, Thailand lebih 17 juta dos dan Singapura dengan lebih tujuh juta dos. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!