Transformasi suara komuniti ke aliran perdana

Transformasi muka depan dan laporan Sinar Harian selepas 15 tahun.
Transformasi muka depan dan laporan Sinar Harian selepas 15 tahun.
A
A
A

PERNAH dilabel sebagai akhbar nyamuk suatu ketika dahulu, namun ia tidak melemahkan semangat Sinar Harian dan warganya.

Sebaliknya, label tersebut telah memberi kekuatan kepada mereka untuk menghasilkan laporan berita berkualiti. Selepas lebih sedekad melapor dan merakamkan momen suka duka rakyat Malaysia, akhbar yang bermula di Kelantan dan Terengganu itu akhirnya meniti fasa kematangan. Berita yang dilaporkan mula menjadi rujukan ramai, terutamanya dalam hal-hal berkaitan isu rakyat dan negara.

Tidak cukup dengan itu, Sinar Harian juga berjaya membongkar penyelewengan, memperjuangkan hak orang ramai dan membantu rakyat yang berdepan kesulitan hidup. Malah, sebahagian besar laporan berita yang dicetak juga telah menjadi isu besar sehingga dibahaskan di peringkat nasional. Dalam tidak sedar, tempoh 15 tahun secara perlahan-perlahan turut mengubah status Sinar Harian.

Dari sebuah akhbar komuniti, Sinar Harian berubah menjadi akhbar aliran perdana, sekali gus memberikan saingan sengit kepada akhbar lain yang lebih lama berada dalam pasaran tempatan. Hari ini selepas 15 tahun, transformasi Sinar Harian menjadikannya akhbar bahasa Melayu paling laris dan nombor satu di Malaysia.

SKUAD CAKNA

Dahulu, Sinar Harian menggunakan skuad untuk mendapatkan berita di seluruh pelusuk negara. Skuad-skuad yang popular dengan gelaran Skuad Cakna terdiri dalam kalangan wartawannya itu ditempatkan di daerah utama setiap negeri.

Masing-masing disediakan dengan sebuah kereta Perodua Kancil, kamera digital dan PDA untuk memudahkan mereka mencari dan melaporkan berita.

Bagaimanapun, Skuad Cakna telah dimansuhkan dan digantikan dengan wartawan biro yang beroperasi di ibu negeri. Namun, fungsi dan tugas mereka masih sama iaitu mendapatkan dan melaporkan berita dari negeri masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Kakitangan Sinar Harian pada tahun 2011.
Kakitangan Sinar Harian pada tahun 2011.

8 EDISI, 4 EDISI KINI NASIONAL

Malah, sebelum disatukan sebagai akhbar nasional, Sinar Harian juga terpecah kepada beberapa edisi iaitu Utara; Perak; Kelantan; Terengganu; Pahang; Selangor dan Kuala Lumpur; Melaka dan Negeri Sembilan (MNS) serta Johor.

Edisi tersebut kemudiannya disatukan kepada empat bahagian iaitu Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak); Tengah (Selangor, KL dan Pahang); Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) serta Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan).

Bagi memastikan nama dan fungsinya sebagai media terus relevan, Sinar Harian turut melakukan transformasi digital dengan mengembangkan lagi jenamanya kepada beberapa produk dalam talian seperti Sinar Online, Wacana Sinar, Sinar TV, Sinar Plus dan GPS Bestari.

Produk-produk tersebut telah membawa Sinar Harian kepada satu dimensi baharu dalam melaporkan berita yang mana ia lebih pantas dan dinamik berbanding sebelumnya. Malah, produk-produk tersebut juga telah mengukuhkan lagi nama Sinar Harian dalam dunia penerbitan tempatan.

Sungguhpun begitu, Sinar Harian tetap tidak melupakan edisi cetaknya yang banyak membantu memperkenalkan jenama tersebut. Justeru, pada tahun 2020 Sinar Ahad telah diterbitkan bagi memastikan pengisian hujung minggunya lebih santai, mantap dan dinamik.

Transformasi Sinar Harian juga dilihat dengan jelas melalui penampilan akhbar itu sendiri. Reka letaknya sentiasa berubah mengikut perubahan masa bagi memberi kepuasan kepada pembaca.

Ia boleh dilihat menerusi muka depannya yang mana tajuk utama dan logo akbar tersebut berubah dalam tempoh lima tahun, sekali gus menunjukkan kematangan Sinar Harian dalam menyampaikan berita yang Telus dan Tulus.

Team Sinar Harian yang diketuai Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad secara eksklusif sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2018.
Team Sinar Harian yang diketuai Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad secara eksklusif sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2018.


ANUGERAH DITERIMA SINAR HARIAN


2021

- Anugerah Silver Play Button Saluran YouTube Sinar Harian

2020

- Majlis Malam Wartawan Malaysia 2020

Anugerah: Laporan Berita Cemerlang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2019

Laporan: Kematian Misteri Hantui Gua Musang

Anugerah: Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas Laporan: Plumbum Ancam Nyawa Penduduk

Anugerah: Desain Halaman Pertama Terbaik

Laporan: Gas Beracun Dari Bawah Tanah, Arahan Padam Kebakaran dan Ancaman Jerebu Hingga Awal Oktober

- Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2019/2020

Anugerah: Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik

Laporan: Etok Makanan Orang Kaya, Adat Semadi Mayat Atas Pokok dan Ancaman Pil Kuda Kacuk

- Majlis Anugerah Penghargaan Khas Media Program STAR/IGROW 2020

Anugerah: Laporan Berita Akhbar Terbaik

Laporan: Kek Lapis Mimi Rosita laris

Berita bertajuk 'Kematian Misteri Hantui Gua Musang' membolehkan Sinar Harian menang Laporan Berita Cemerlang pada Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2019.
Berita bertajuk 'Kematian Misteri Hantui Gua Musang' membolehkan Sinar Harian menang Laporan Berita Cemerlang pada Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2019.

2019

- Majlis Anugerah Medical Travel Media (MTMA) 2019

Anugerah: Anugerah Medical Travel Editorial Team of the Year 2019

Laporan: Prospek Besar Industri Kesihatan Hospital Malaysia bertaraf dunia

- Majlis Hari Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2019

Anugerah: Anugerah Media Cetak

Laporan: Dapat tampung jenazah 20 tahun

2018

- Majlis Anugerah Pulau Pinang Hijau 2018

Anugerah: Anugerah Istimewa Penulisan Rencana Bahasa Melayu

Laporan: Pulau Pinang Ke Arah Negeri Paling Hijau

- Malam Media Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2018

Anugerah: Anugerah Media MPK (Media Cetak)

Laporan: Rampas Tanah Jika Ingkar

2017

- Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2017

Anugerah: Anugerah Wartawan Cemerlang Bahasa Melayu

Laporan: Pengiktirafan Masyarakat Cina Muslim

2016

- Majlis Anugerah Media Johor 2016

Anugerah: Berita Ekonomi Terbaik

Laporan: Produk Bangsa Johor

2015

- Majlis Malam Anugerah Kewartawanan UNISZA 2015

Anugerah: Anugerah Khas Media Naib Canselor

Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (dua dari kanan) menerangkan proses percetakan akhbar Sinar Harian kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada 2011.
Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (dua dari kanan) menerangkan proses percetakan akhbar Sinar Harian kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada 2011.