Pos Malaysia lantik Charles Brewer sebagai CEO kumpulan

Charles Brewer
Charles Brewer
A
A
A

POS Malaysia Bhd telah melantik Charles Brewer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu, berkuatkuasa 1 Ogos 2021.

Brewer memiliki banyak pengalaman dalam perkhidmatan logistik dan pos, yang mana, beliau telah memulakan kerjayanya dengan DHL pada 1984 sebagai kurier serta menghabiskan usia selama 34 tahun dengan DHL melalui pelbagai peranan.

“Beliau telah mengetuai operasi untuk gergasi logistik global di beberapa negara termasuk di Malaysia antara 2004 dan 2006 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express," kata Pos Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Pengerusinya, Datuk Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, beliau percaya pengalaman global dan pengetahuan luas Brewer mengenai pasaran Asia adalah sangat baik bagi Pos Malaysia.

“Brewer telah membina kekuatan bagi memahami keperluan pelanggan serta kecekapan perkhidmatan, yang merupakan kedua-dua tonggak perniagaan yang bersemuka dengan pelanggan.

"Secara kritis, Brewer juga mempercayai penglibatan pekerja sebagai salah satu alat untuk mencapai sasaran strategik organisasi," tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: