Polis kenal pasti identiti lelaki bertongkat

Tular lelaki bertongkat memasuki sebuah rumah di Taman Cengal Jaya di Sungai Petani, Kedah awal pagi Khamis.
Tular lelaki bertongkat memasuki sebuah rumah di Taman Cengal Jaya di Sungai Petani, Kedah awal pagi Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Polis sudah mengenal pasti lelaki misteri yang muncul di pekarangan sebuah rumah dekat Taman Cengal Jaya, dekat sini awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis telah mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai kurang waras.

"Kita telah mengesan lelaki ini dan telah ke rumahnya, namun dipercayai suspek kurang waras.

"Dia tak tahu apa yang dibuat dan bertindak dalam keadaan tidak normal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'misteri' bertongkat di laman rumah cetus tanda tanya

Menurutnya, isteri suspek ada bersama dan dimaklumkan bahawa lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dengan dipasang tiub di bahagian perut.

Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki misteri yang bertongkat memasuki sebuah rumah sekitar jam 6 pagi Khamis.

Tindakan lelaki terbabit dikatakan aneh dengan memanjat pagar automatik dengan berpakaian kain pelekat dan tidak berkasut.

Artikel Berkaitan: