Pemanah Korea Selatan raih emas perseorangan wanita

An San.- Foto worldarchery.sport
An San.- Foto worldarchery.sport
A
A
A

AN San menambah satu lagi kilauan emas buat skuad memanah Korea Selatan dengan menewaskan pemanah Rusia Elena Osipova 6-5 dalam acara final perseorangan wanita pada Jumaat, lapor Xinhua.

Atlet itu menang set penentuan ke atas Osipova dengan shootoff 10 hingga lapan mata setelah tiga kali terikat 5-5, sekali gus menyumbang emas keempat Korea Selatan dalam acara memanah.

Sementara itu, Lucilla Boari dari Itali menang mudah ke atas pemanah Amerika Syarikat, Mackenzie Brown dengan kedudukan mata 7-1, melayakkan dirinya memperoleh pingat gangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan: