Harapan emas badminton berakhir

Aaron-Wooi Yik terlepas tiket final selepas tewas dalam saingan separuh akhir pada Jumaat.
Aaron-Wooi Yik terlepas tiket final selepas tewas dalam saingan separuh akhir pada Jumaat.
A
A
A
IMPIAN Malaysia untuk meraih emas dalam acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir apabila beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas 22-24, 13-21 kepada beregu China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dalam aksi separuh akhir di Plaza Sukan Masushino, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik bermula baik pada set pertama apabila dilihat saling berkejaran mata dengan beregu nombor tiga dunia itu, namun tewas dalam tempoh 23 minit.

Saingan pada set kedua menyaksikan penguasaan beregu China itu yang dilihat mendominasi permainan untuk mudah melakar kemenangan dalam tempoh 15 minit.

Dengan kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik akan sekali lagi beraksi menentang beregu handalan Indonesia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan dalam aksi penentuan penentuan pingat gangsa.

Dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini, beregu muda negara itu tewas 16-21, 19-21.
Artikel Berkaitan: