X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita bergejala hadir majlis perkahwinan cetus kluster

A
A

PUTRAJAYA - Seorang wanita bergejala yang menghadiri majlis perkahwinan di Bachok, Kelantan pada 18 Julai lalu telah mencetuskan kluster komuniti.

Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mendedahkan, seramai 21 individu disahkan positif dalam kluster yang dilabelkan sebagai Kluster Kampung Haji Saman.

Wanita berusia 34 tahun itu telah dikenalpasti sebagai kes indeks dan disahkan positif pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.

Setakat ini, seramai 37 individu telah disaring.

Sementara itu, seorang wanita yang mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan turut mencetuskan Kluster Sungai Durian, juga di Kelantan.

Wanita berusia 28 tahun itu disahkan positif hasil saringan kontak rapat.

Seramai 21 individu turut positif dalam kluster berkenaan.

Di Gerik, Perak pula, aktiviti sosial sempena sambutan perayaan yang diadakan di Kampung Padang Kunyit telah menyebabkan 21 individu positif Covid-19.

Kes indeks bagi Kluster Kampung Padang Kunyit merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun dan disahkan positif pada 25 Julai hasil saringan individu bergejala.

Negara merekodkan pertambahan 47 kluster baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 3,651 kluster.

Daripada jumlah itu, 2,559 telah diisytiharkan tamat manakala 1,092 kluster masih aktif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!