X

Kindly register in order to view this article
!

Beregu campuran China tundukkan pilihan nombor satu dunia

Wang Yilyu dan Huang Dongping menewaskan pilihan nombor satu dunia, Zheng Siwei dan Huang Yaqiong. - Foto Reuters
A
A

PEMAIN pilihan kedua China, Wang Yilyu dan Huang Dongping menewaskan pilihan nombor satu dunia, Zheng Siwei dan Huang Yaqiong dalam acara badminton beregu campuran di Olimpik Tokyo pada Jumaat.

Pasangan itu menang 21-17 pada set pertama tetapi tewas di set kedua dengan 17-21.

Yilyu dan Dongping bangkit semula pada set penentuan dengan kemenangan 21-19 sekali gus merangkul emas Olimpik pertama mereka, lapor Xinhua.

Pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Arisa Higashino menewaskan Tang Chun Man dan Tse Ying Suet dari Hong Kong, 21-17 dan 23-21 untuk memperoleh gangsa. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!