Reman anggota Rela dilanjut lima hari lagi

Suspek memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang jam 10.30 pagi, Jumaat.
Suspek memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang jam 10.30 pagi, Jumaat.
A
A
A

MARANG - Reman anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berhubung kematian bekas Ketua Bahagian MCA Marang dilanjutkan lima hari lagi sehingga 4 Ogos depan.

Perintah lanjutan reman yang bermula Jumaat dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda terhadap suspek berusia 56 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang jam 10.30 pagi, Jumaat.

Suspek sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Julai lalu.

Dalam kejadian 23 Julai lalu, seorang lelaki maut, manakala anak saudaranya parah selepas ditembak dipercayai menggunakan senapang patah oleh jirannya dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai, di sini.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang cedera pada bahagian dada maut di lokasi kejadian manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, cedera parah.

Suspek yang melarikan diri menaiki sebuah jip berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentangau, Dungun kira-kira jam 4.20 petang.

Artikel Berkaitan: