X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin gagal, menipu rakyat, kata AMK Selangor

Chua Wei Kiat
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berpandangan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin kini gagal dan telah menipu rakyat.

Ketuanya, Chua Wei Kiat berkata, Perdana Menteri dan kerajaan PN tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan Ordinan Darurat.

“Kami mengambil maklum berkenaan perkembangan politik terkini terutama Mesyuarat Khas Parlimen Malaysia yang bermula pada 26 Julai.

"Pada 27 Julai, negara dikejutkan dengan kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkenaan Ordinan Darurat telah terbatal pada 21 Julai 2021.

"Susulan itu, pada 29 Julai, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan dukacita terhadap Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atas tindakan kerajaan Malaysia membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenaan Seri Paduka Baginda," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wei Kiat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang sehubungan itu mendesak Perdana Menteri agar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan serta-merta.

"Jika perkara ini berterusan, kestabilan politik akan runtuh, sektor ekonomi akan hancur dan Pelan Pemulihan Negara juga pasti tidak akan berjaya," tambahnya.

Dalam pada itu, AMK Selangor turut menyeru seluruh parti politik di Malaysia wajar berpaksikan Pelembangaan Malaysia dan Raja Berperlembangaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!