X

Kindly register in order to view this article
!

Geng William guna teknologi canggih curi kenderaan diberkas

Anbalagan menunjukkan peralatan teknologi yang digunakan suspek untuk mencuri kenderaaan.
A
A

SERDANG - Seramai enam ahli Geng William yang aktif melarikan kenderaan dengan menggunakan sistem teknologi pengkomputeran sejak Jun lalu diberkas di lokasi berasingan sekitar Lembah Klang pada Ahad dan Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, tiga lelaki ditahan di tepi Jalan Jinjang Utara pada jam 2 petang.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dua buah kenderaan jenis Mercedes S320 dan Toyota Estima yang mempunyai rekod kenderaan hilang dalam daerah Serdang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Jumaat.

"Susulan itu, polis memberkas tiga lagi lelaki termasuk seorang warga Nepal pada Isnin.

"Kita merampas beberapa telefon bimbit, mesin 'programmer' bagi membuat kunci pendua kenderaaan dan enam buah kenderaaan jenis Toyota Camry, Peugeot, Volkswagen Jetta, Audi Q7, Toyota Fortuner dan Perodua Myvi. Nilai rampasan dianggarkan RM500,000," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Jumaat.

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu ialah mencari dan mengenal pasti beberapa kenderaan mewah yang lama diparkir di kawasan kondominium berkenaan.

"Lelaki warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kondominium berperanan sebagai memberi maklumat kereta milik warga asing yang lama ditinggalkan.

"Seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemilik kedai kunci akan membuka kunci dan melarikan kenderaan itu sebelum menjualnya pada harga murah," katanya.

Tambah beliau polis dapat menyelesaikan tujuh kes curi kenderaan mewah dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas menahan ahli Geng William itu.

Anbalagan berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!